Minggu, 23 Desember 2012

silsilah keturunan

Syeikh Utsman Syihabuddin ulama Pontianak

Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah

DALAM buku saya tentang Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari telah saya tulis bahawa salah seorang anak ulama besar itu ada yang bernama Syihabuddin al-Banjari. Walau bagaimanapun hingga kini masih belum dapat keterangan yang jelas bahawa Syeikh Utsman bin Syihabuddin al-Banjari, dan kebanyakan menggunakan istilah ‘al-Funtiani’ pada hujung nama, apakah beliau cucu kepada ulama besar Banjar itu ataupun bukan.

Yang jelas beliau berasal dari Banjar dari pihak sebelah ayahnya, dan ada riwayat dari sebelah ibunya pula berasal dari Karangan (Mempawah, bahagian hulu).
Apa yang dimaksudkan dengan ‘al-Funtiani’ pula ialah Pontianak, kerana ayahnya tinggal di Pontianak, Kalimantan Barat. Syeikh Utsman bin Syihabuddin al-Banjari pula dilahirkan di Pontianak bukan tempat lainnya. Istilah ‘al-Funtiani’ pada konteks ulama yang diriwayatkan ini hendaklah dinisbahkan atau dibangsakan kepada ‘Pontianak’, kerana di kemudian hari jangan jadi keliru jika dinisbahkan atau dibangsakan kepada Pontian yang berada di Johor. Bagi saya adalah satu kekeliruan yang besar, yang ditulis oleh Martin van Bruinessen (sarjana yang berasal dari Belanda) dalam bukunya Tarekat Naqsyabandiyah Di Indonesia yang menyebut bahawa Syeikh Utsman dipanggil juga dengan ‘al-Sarawaki’ (lihat Tarekat Naqsyabandiyah, Penerbit Mizan, Bandung, Safar 1413/Ogos 1992, hlm. 120).

Berlaku kekeliruan di sini kerana Syeikh Utsman bin Syihabuddin hanya menggunakan dua istilah saja dihujung nama ‘al-Funtiani’ ataupun ‘al-Banjari’. Yang memakai nama hujung dengan ‘As-Sarawaqi’ ialah Syeikh Utsman bin Abdul Wahhab as-Sarawaqi yang berasal dari Sarawak.

Kedua-duanya betul bernama Utsman, tetapi seorang berasal dari Pontianak dan yang seorang lagi berasal dari Sarawak. Kedua-dua nama orang tuanya juga berbeza, yang berasal dari Pontianak ayahnya bernama Syihabuddin, sedang yang berasal dari Sarawak ayahnya bernama Abdul Wahhab. Kedua-dua ulama yang bernama Syeikh Utsman yang berasal dari Borneo/Kalimantan itu hidup sezaman dan sama-sama terkenal.

Pendidikan

Syeikh Utsman bin Syihabuddin al-Funtiani mendapat pendidikan awal dari lingkungan keluarga sendiri dan selanjutnya belajar kepada beberapa orang ulama di Pontianak. Di Pontianak pada zaman beliau masih kanak-kanak memang ramai ulama bangsa Arab terutama keturunan Saiyid.

Bahasa Arab komunikasi sangat mudah diperoleh pada zaman itu kerana beberapa kampung di sekitar Istana Sultan Pontianak, terutama Kampung Arab dalam pergaulan lebih banyak menggunakan bahasa Arab jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa selainnya. Jadi Syeikh Utsman bin Syihabuddin al-Funtiani seorang yang fasih menggunakan bahasa Arab. Pendidikannya yang terakhir di Mekah, di antara gurunya ialah Saiyid Muhammad Shalih bin Abdur Rahman az-Zawawi (lahir 1246 H/ 1830 M, wafat 1308 H/1890 M), Syeikh Abdul Hamid asy-Syarwani, Saiyid 'Abdullah bin Saiyid Muhammad Shalih az-Zawawi, Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani (lahir 1230 H/1814 M, wafat 1315 H/1898 M) dan ramai lagi.

Syeikh Abdul Hamid ad-Daghistani asy-Syarwani adalah ulama besar dalam Mazhab Syafie di Mekah, beliau yang tersebutlah yang menulis Hasyiyah Syarh at-Tuhfah Syeikh Ibni Hajar. Salah seorang anak beliau ialah Syeikh Mahmud bin Syeikh Abdul Hamid ad-Daghistani asy-Syarwani wafat di Pontianak pada 20 Jamadilakhir 1314 H, dimakamkan di Perkuburan Al-Marhum Pangeran Bendahara Syarif Ahmad Al-Qadri Pontianak. Ada pun Saiyid Abdullah az-Zawawi juga seorang ulama besar, Mufti Mazhab Syafie di Mekah. Beliau berhijrah ke dunia Melayu, mula-mula ke Riau dan akhirnya menjadi Mufti di kerajaan Pontianak.

Tidak kurang hebat dan penting ulama kita dunia Melayu yang disebut oleh Syeikh Utsman bin Syihabuddin al-Funtiani yang beliau nyatakan pada halaman depan karyanya Tajul 'Arus, katanya, “Ini kitab karangan Syeikh Tajuddin bin Athaullah Askandari hamba gantikan lafaz Arabnya dengan lafaz Melayu. Sa-nya hamba tashhih (disahkan) kepada guru hamba Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani ...”

Oleh sebab tahun lahir mahupun catatan tahun Syeikh Utsman bin Syihabuddin al-Funtiani mulai belajar di Mekah belum diketahui maka agak sukar menjejaki teman-teman yang seangkatan beliau yang sama-sama belajar kepada Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani. Walau bagaimana pun saya berhasil menemui sepucuk surat yang beliau tulis di Mekah, pada hari Khamis, bulan Zulhijjah 1296 H bererti pada tarikh tersebut beliau telah berada di Mekah. Surat dari beliau itu ditujukan kepada Haji Sulaiman bin Haji Adam di negeri Sanggau, Kalimantan Barat.

Surat yang ditulis di Mekah bulan Zulhijjah 1296 H telah mendahului semua karya beliau yang dimulai dengan Tajul 'Arus, yang diselesaikan pada 24 Ramadan 1304 H. Karya terakhir ialah Fat-hul Mutafakkirin, diselesaikan 16 Rejab 1324 H, di Taif. Dari tarikh yang tersebut kita dapat membanding dengan kemunculan ulama yang berasal dari Pontianak yang lainnya, yang sezaman dengan beliau, kemungkinan peringkat murid beliau, bukan sebagai sahabat. Ulama Pontianak yang terkenal yang dianggap peringkat murid Syeikh Utsman bin Syihabuddin al-Funtiani ialah Syeikh Husein bin Sulaiman al-Funtiani, karyanya yang terawal ditulis tahun 1316 H dan karya terakhir ditulis tahun 1321 H.

Penulisan

Syeikh Utsman bin Syihabuddin al-Funtiani adalah satu-satunya ulama Pontianak yang paling banyak karyanya yang tersebar di seluruh dunia Melayu, jika dibandingkan dengan ulama Pontianak yang lainnya. Bahkan beberapa judul di antaranya masih diajar di beberapa pengajian pondok tradisional dunia Melayu. Di bawah ini saya senaraikan 11 judul karangan beliau yang telah dijumpai iaitu;

1. Tajul 'Arus, diselesaikan 24 Ramadan 1304 H. Kandungannya mengenai tasawuf, merupakan terjemahan dari kitab At-Tanwir fi Isqathit Tadbir karangan Syeikh Ibnu Athaullah as-Sakandari. Terdapat banyak edisi cetakan di antaranya oleh Mathba'ah Mushthafa al-Baby al-Halaby, Mesir, 1358 H/1939 M. Ditashhih oleh gurunya Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani.

2. Fat-hul Mekah, diselesaikan 1310 H. Kandungan mengenai sejarah Nabi Muhammad s.a.w. bersama sahabat-sahabatnya dapat menaklukkan kota Mekah. Hanya terdapat satu edisi cetakan oleh Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah, Makkah, 17 Safar 1311 H. Ditashhih oleh Syeikh Abdur Rahman Gudang bin Syeikh Muhammad Ali bin Syeikh Ismail al-Fathani.

3. Tanwirul Qulub fi Isqati Tadbiril 'Uyub, diselesaikan 12 Sya'ban 1311 H. Kandungan mengenai tasawuf, merupakan terjemahan dari kitab At-Tanwir fi Isqatit Tadbir karangan Syeikh Ibnu Athaullah as-Sakandari. Masih diajarkan di beberapa pondok pengajian tradisional. Cetakan pertama oleh Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah, Mekah, 15 Ramadan 1311 H. Dicetak pula oleh Mathba'ah Mushthafa al-Baby al-Halaby, Mesir, Sya'ban, 1343 H. Dicetak pula oleh percetakan yang sama tahun 1353 H/1934 M. Cetakan mutakhir ditashhih oleh Syeikh Abdullah bin Ibrahim Kedah, juga terdapat tashhihan Syeikh Muhammad Idris al-Marbawi al-Azhari.

4. Risalah Tafsir Surah Yasin, diselesaikan 12 Rabiulakhir 1312 H, di Mekah. Cetakan yang kedua oleh Mathba'ah al-Miriyah Mekah, 1330 H. Kandungan merupakan terjemahan dan tafsir surah Yasin yang dipetik daripada Tafsir Jamal dan Tafsir Jalalain. Risalah Tafsir Surah Yasin ini adalah penting, kerana banyak isu semasa dalam masyarakat sekarang, ada golongan yang membidaahkan membaca surah Yasin, terjawab dalam kitab tersebut. Sebagai contoh yang dibidaahkan, bahawa bidaah membaca surah Yasin malam Jumaat. Syeikh Utsman bin Syihabuddin al-Funtiani menulis hadis lengkap dengan lafaz Arabnya, lalu beliau terjemah, “Barang siapa membaca ia akan surah Yasin pada malam Jumaat, nescaya ber-Subuh-Subuh ia diampun baginya [oleh] Allah.”

5. Ashal Khutbah, tidak diketahui tarikh selesai penulisan kerana beberapa halaman bahagian akhir belum ditemui. Kandungan membicarakan berbagai-bagai bentuk khutbah yang ditulis dalam bahasa Arab yang diberi gantungan maknanya dalam bahasa Melayu. Tebal (halaman yang dijumpai) 318 halaman. Dicetak oleh Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah, Mekah, 1314 H.

6. Judul sebenar belum diketahui kerana hanya dijumpai mulai halaman sembilan hingga halaman akhir, iaitu halaman 16. Pada halaman akhir terdapat nama Utsman bin Syihabuddin al-Funtiani sebagai pengarangnya. Diselesaikan pada hari Ahad, 19 Syaaban 1317 H, di Mekah. Kandungan membicarakan permasalahan ketika mengerjakan ibadah haji dan umrah.
7. Fadhilat Mekah Dan Adab Ziarah Madinah Dan Fadhilat Negeri Thaif, diselesaikan 30 Rabiulawal 1319 H. Kandungan menceritakan keadaan Mekah, Madinah dan Thaif. Cetakan yang kedua oleh Mathba'ah al-Miriyah al- Kainah, Mekah, 1319 H.

8. Nurul Anwar, diselesaikan 16 Rejab 1324 H. Kandungan membicarakan peperangan Nabi Muhammad s.a.w. sesudah hijrah, peperangan Saiyidina Ali sesudah menjadi khalifah Islam, dan lain-lain. Rujukan utama penyusunan kitab ini ialah Nurul Abshar. Dicetak oleh Mathba'ah al-Miriyah Mekah, 1324 H

9. Fat-hul Mutafakkirin Supaya Bertempat Iman dan Yaqin, diselesaikan 16 Rejab 1324 H, di Taif. Kandungan membicarakan tafsir beberapa ayat al-Quran yang bersangkutan dengan tasawuf. Dipetik dari karya Saiyid Ahmad Zaini Dahlan daripada hadis Jami'us Shaghir as-Suyuthi. Cetakan yang pertama oleh Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah, Mekah, 24 Ramadan 1324 H. Dicetak pula oleh Mathba'ah Mushthafa al-Baby al-Halaby, Mesir, Shafar 1349 H. Cetakan yang pertama ditashhih oleh pengarangnya sendiri. Cetakan lanjutan ditashhih oleh Syeikh Ahmad Sa'ad al-Filfulani dan Syeikh Abdullah Ibrahim al-Qad-hi (Kedah).

10. Risalah Bergantung Maknanya Di Bawahnya Maulid al-Barzanji, tanpa dinyatakan tarikh selesai penulisan. Kandungan merupakan Kitab Barzanji bergantung makna dalam bahasa Melayu. Cetakan yang pertama Mathba'ah al-Miriyah, Mekah al-Mahmiyah, 1324 H.

11. Irsyadul 'Ibad, tanpa dinyatakan tarikh selesai penulisan. Kandungan merupakan terjemahan hadis Nabi s.a.w., petikan dari kitab Munabbihatul Qulub. Dicetak oleh Mathba'ah al-Miriyah, Mekah, 13 Syawal 1324 H.

Sumber:
Utusan Malaysia
May 2006

Minggu, 11 November 2012

sya'ir dan falsafah Abdul jabbar

7 November 2012
dalamnya samudera tak bakal tergapai....walaupun kita sudah berada didasarnya, bagai permukaan lautan, dasarnyapun bergelombang...jika inginkan samudera cinta, bersahabatlah dengan apa yang dimilikinya bagaikan karang yang terjal, tetap tegar meski bersahabat dengan topan,badai, ombak yang dahsyat, juga petir yang menyambar.....falsafah cinta hanya berkisar pada keindahan belaka. yang sebenarnya cinta adalah rela dengan segala taqdir yang ada

PUNCAK RASA

7 November 2012 pukul 23:14 ·
 kekosongan diri bukan pada bicara...namun ianya pada puncak rasa..bagaimana aku akan bercerita, bila yang akan diceritakan itu tdk ada apa-apa

tingkatan ilmu dan amal

bagai arus gelombang,
kadang ia besar kadang ia kecil.
pasang surut...
itulah pencapaianku
yang pada akhirnya aku tdk bisa mengatakan akulah yang paling tinggi
sebab terkadang aku juga merasa yang paling rendah
seketika matahari diterbitkan
ia akan berniaga diperjalanan mencapai puncak
tatkala ia sudah tegak searah bayangan
tunggulah
sebentar saja ia akan tergelincir lagi
dan aku
selalu berada diasetiap keadaan
dimana hatiku yang paling tajam
adalah saat aku digelincirkan

keabadian hidup

 4 November 2012 pukul 0:03 ·
  • jangan biarkan kepalsuan merenggut keabadian hidup, tatkala air muka meleleh semuanya jadi sesalan...bangkitlah dari kursi-kursi,sebab kursi bukan haq kita, dan duduk bukan sifat asli manusia berdirilah selamanya, sehingga terasa bahwa kita hanya memiliki lahan seluas telapak kaki

Senin, 07 Mei 2012

KUMPULAN SYA’IR SIFAT DUA PULUH

KUMPULAN SYA’IR SIFAT DUA PULUH
KYAI BUHRAM IDHAM (MUHAMMAD JUHAR)
TAHUN 1371 H
Disalin dalam bahasar Arab Melayu Oleh Bapak Zabir Ja’far
Disalin kembali Oleh Bapak Darna Sutikna Pada Tanggal 21 Desember 1993
Kitab diperoleh dari bapak Jerni pemegang kitab
pewaris kitab  Abdul Jabbar Habib

KUNCI MENGENAL TAUHID
Dan engkau ketahui pula Risalah yang sebenar-benar diri, seperti kata syah Abdul Rauf:
Bermula sebenar-benar diri itu adalah Nyawa
Dan sebenar-benar nyawa itu adalah Nur Muhammad
Dan sebenar benar nur Muhammad itu adalah sifat
Dan sebenar-benar sifat itu adalah zat hayat bukan hayon
SETENGAH ARIF BILLAH :
Tatkala ia nafas bagi sekalian tubuh, nyawa namanya
Tatkala ia keluar masuk nafas namanya
Tatkala ia berkehendak nafsu namanya
Tatkala berkira-kira hati namanya
Tatkala ia dapat memilih barang akal namanya
Tatkala ia percaya Iman namanya
Tatkala ia mengesakan tuhan Tauhid namanya
Tatkala ia mengenal sesuatu Ma’refat namanya
Tatkala ia mengetahui sesuatu Ilmu namanya
Dan ilmu pohonnya akal
Akal pohonnya rahasia
Maka sempurnalah akal dan ilmunya
Seperti sabda Nabi Muhammad saw.
WAJHUROBBI,WAL BATHINU ABDI
Artinya.zahir tuhan bathin hamba

Awaladun ma’rifatullah-awal agama mengenal Allah
Kitab dan qur’an sudah terjumlah_nabi Muhammad pesuruh Allah

Bismillah itu awal dikata-dengan nama Allah tuhannya kita
Zat dan sifat menyatakan-Nya-fahamkan olehmu dengan sempurna

Ayolah saudara encek dan tuan - tuntutlah ilmu mengenal tuhan
Tuntunan bijak ada mengisyaratkan - sifat dua puloh harus diriwayatkan

Terlebih dahulu wajiblah diketahui - mustahil dan harus apakan lagi
Jikalau tak tahu terlebih rugi - menjadi hidup tiada mengerti

Yang wajib itu jirem artinya-mengambil tempat itulah Wajib-Nya
Jin dan manusia ‘arsy kursinya-bergerak dan diam itulah harusnya

Jirem itu mahluk artinya-sekalian mahluk jirem hukumnya
Tiada bertempat mustahil padanya-sekalian yang dijadikan terjumlah semuanya

Kadim dan mukaddas sekalian hamba-Nya-kayu dan batu hewan sekaliannya
Jika tak tahu hewan hukumnya-tuntutlah tuan sedapat dapatnya

Apabila sudah jirem dikenal-sifat dua puloh terlebih afdhal
Jalan mengenal tuhan yang tunggal-didalam kalimat tak boleh tinggal

Sifat dua puloh encek wajibkan-tiap tiap mukhallaf laki-laki dan perempuan
Jika tak tahu tentu kerugian-firman Allah ada menerangkan

Surah sajadah itu dituliskan - balhumbikarobbihimkaafiruun
Janganlah tuan tiada yakin - tatkala bertemu tuhan yang kadim

Inilah maknanya hamba terangkan-supaya kita tidak kesamaran
Duapuloh sifat inilah haluan-jalan kita bertemu dengan tuhan

Pertama wujud ada artinya-mustahil tiada itulah lawan-Nya
Jika tiada akal menerimanya-e’tikat yang putus, tetap ada-Nya

Apakah tanda keadaan tuhan-pandanglah alam yang ada sekalian
Daripada tiada tuhan adakan-sesudah ada tuhan tiadakan

Sudah tiada diadakan lagi-diadakan tuhan dikemudian hari
Adanya tuhan banyak keterangan-didalam qur’an banyaklah firman

Ada menjadikan mahluk sekalian-bumi dan langit matahi dan bulan
Alladzi kholaqossamawatiwal arda-Tuhan jadikan enam hari sahaja

Itulah maknanya-Nya yang amat pasti-fahamkan tuan hingga mengerti
Keadaan tuhan jangan ditempatkan-tetapi keadaannya meliputi sekalian

Dengan mahluknya ada besertaan-disini tiada hamba terangkan
Adapun wujud nafsiah sifatn-nya-tetapi keadan-Nya meliputi sekalian

Selama ada kekal zat-Nya-tiada dikarenakan sesuatu karnanya
Kepada harit tiada maujud-Nya-kepada jirem pula maujud-Nya

Kalimah la nafi artinya-demikian hakikat sebenar-benarnya
Satu wajib satu mustahilnya-kalimat la dua jumlahnya

La itu tiada artinya-tatkala mengucap demikian hakekatnya
Kedua qidam sedia artinya-mustahil baharu,yaitu lawannya

Jikalau baharu, bersalahan maknanya-hakikat yang putus tetap qadimnya
Qadim tuhan tiada permulaan-akhirnyapun, tiada kesudahan

Seperti firman-Nya didalam al qur’an-Dengan nama Allah Tuhannya kita
Wal awwalu,wal akhiru-walbathinu wazzahiru

Inilah maknanya yang amat tentu-kita hakikatkan didalam qalbu
Adanya tuhan tiada permulaan-zahernyaqpun tiada kesudahan
Bathin hamba zahirnya tuhan-demikian maknanya hamba terangkan
Adapun Qidam tsalbiyah sifatnya-tiada layak demikian maknanya.

: Aqidah dienul islam tentang IMAN

Aqidah dienul islam tentang IMAN

Aqidah dienul islam
                Sebelum memasuki kepada pembahasan Dienul islam, terlebih dahulu kita bahas istilah yang berkaitan dengan itu, yaitu apa itu aqidah, dien dan islam…..
Aqidah yaitu pegangan,perjanjian,atau sandaran, atau keyaqinan
Dien yaitu petunjuk sebagaimana namanya sejak ia diturunkan bersama turunnya Nabi adam as kemuka bumi.
Islam yaitu selamat sebagaimana makna sebenarnya
Jadi Aqidah dienul islam bermakna sebuah pegangan atau perjanjian atau keyaqinan dengan petunjuk untuk mencapai keselamatan
Adapun aqidah dienul islam itu merupakan landasan utama yang mendasari kehidupan seseorang untuk mencapai keselamatan. dengan mengetahui landasan dinul islam maka akn mudah menilai kebenaran ajaran islam....seperti seorang guru yang menilai jawaban so'al muridnya dengan kunci jawaban yang sudah disiapkan...tinggal mencocokkan...dalam hal ini tdk berbicara masalah golongan
Aqidah dienul islam jarang dibicarakan.malah yang sering dipakai adalah aqidah golongan yang mengaku ahlisunnah wal jamaah
kita meyakini innaddina indallahil islam..tenntu bila kita mengaku umat islam harus mengetahui landasan aqidah islam. seberapa jauh pengenalan kita tentang landasan aqidah dienul islam...?
 addien tdklah tepat bila diterjemah sebagai agama saja..itu penafsiran yang sempit dan belum tepat. addien sudah diturunkan bersamaan diturunkannya adam as kebumi...lalu disempurnakan melalui kenabian Muhammad saw. sejarah mencatat bahwa islam sudah ada sebelum kerasulam Muhammad saw..beliau hanya meneruskan dien terdahulu dan membenarkan kitab yang diturunkan sebelumnya
Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima tobatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang. Kami berfirman,
 "Turunlah kamu semua dari surga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati."..Al baqaroh ayat 38,disinilah awalnya petunjuk diturunkan(addien). Ketika Tuhannya berfirman kepadanya, "Tunduk patuhlah!" Ibrahim menjawab, "Aku tunduk patuh kepada Tuhan semesta alam." Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Yaqub. (Ibrahim berkata), "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih dien ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalamke adaan selamat."Al Baqarah 132 133).
orang-orang yang selamat dinamakan muslim....tetapi beberapa tafsir saya perhatikan menterjemahkan addien sebagai agama. kita coba mengembalikan kalimat asalanya Addien. sehingga ayat satu dan yang lainnya bisa bersesuaian dengan Allahusthofa lakumuddien
Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman, "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia. ibrahim adalah imam seluruh manusia.
Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim tempat shalat. Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail, "Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang tawaf, yang iktikaf, yang rukuk dan yang sujud.. 
sehingga bermakna kiblat yang kita menghadap padanya.
kita umat muhammad dan syariat nya juga syariat yg di ajarkan muhammad...betul kita umat Muhammad.kita hidup dimasa kerasulannya....Allah tdk membedak-bedakan seorangpun diantara rasul-rasulnya semua membawa risalah yang sama...lihat Al Baqaroh ayat 285. didalam ayat ini tertera Aqidah iman para rasul
Rasul telah beriman kepada al-Qur'an yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan), "Kami tidak membeda-bedakan antara seseorang pun (dengan yang lain) dari rasul rasul-Nya", dan mereka mengatakan, "Kami dengar dan kami taat." (Mereka berdo'a), "Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali.....
salah satu rumusan landasan Aqidah dienul islam yaitu iman...lima perkara...sedangkan penambahan yang satunyaberiman kepada taqdir) berdasarkan ayat lainnya dan didukung oleh hadist.
"Iman ialah hendaknya engkau percaya kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kemudian, dan engkau percaya kepada qodho'-qadar-Nya, yakni baik dan buruk dari Allah SWT."
(H.R. Muslim dan Umar)
kajilah golongan manapun,apakah benar golongan itu berpegang teguh kepada landasan iman ini...dan saya perhatikan banyak yang menambahnya dengan percaya kepada yang selain ini
bila sama maka mereka siman dengan kita.
Allah telah menurunkan kitabnya(petunjuk) kepada para rasulnya melalui malaikatnya, untuk disampaikan kepada umatnya. tentu semua tau apa yang disampaikan Rasulullah saw. dan carilah hadist atau ayat lain hubungkan dengan ini akan sesuai.
 Fainna asdaqal hadist kitaballah wakhairul hadi hadiyummuhammadun saw........
Aku tdk lain hanyalah manusia biasa yang menyampaikan peringatan dan kabar gembira.....
.telah kutinggalkan kepada kalian apa yang tdk akan tersesat bila kalian berpegang teguh padanya yaitu kitabullah....
 intinya kita harus percaya kepada janji Allah yang pernah disampaikan kepada adam as sewaktu diturunkan kedunia.....
Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima tobatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang. Kami berfirman, "Turunlah kamu semua dari surga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati."..Al baqaroh ayat 38
kitabullah...zalikal kitabula ghoibafihihudallilmuttaqiin.